Terfikir untuk menceburi bidang penternakan Landak raya tetapi masih ragu - ragu kerana tiada ilmu ?
Mari saya kongsikan serba sedikit tentang pembiakkan landak raya di Malaysia.
Di Malaysia terdapat 3 spesis Landak iaitu Landak Nibung, Landak Padi dan Landak Raya
Antara tiga spesis ini, Landak raya yang paling popular dan mudah didapati.
Setiap negeri di Semenanjung Malaysia ada mengeluarkan lesen untuk menangkap dan menyimpan Landak Raya manakala dua spesis lagi hanya dibenarkan di beberapa negeri sahaja selain tertakluk kepada Permit Khas yang memerlukan kertas kerja dan sokongan Menteri.
Oh ya, DI Negeri Johor tiada lesen menangkap dikeluarkan. Beli sahaja dari penjual komersial dan mohon lesen simpan dari Jabatan PERHILITAN Negeri Johor.
Melestarikan hidupan liar yang semakin pupus kerana penerokaan hutan dan perladangan.
Tahan Penyakit.
Sudah lama saya bela landak belum pernah lagi ada sebarang penyakit yang merisikokan nyawa.
6 bulan sekali berikan ubat cacing sebagai rawatan berkala. Selain itu, Jika landak raya mengalami luka ia sangat cepat sembuh walaupun tanpa ubat.
Selain itu Kandang yang basah dan tidak rata boleh mengakibatkan kaki landak cedera dan bernanah
Pemakanan
Tidak bergantung kepada dedak 100%. Kos makanan ini adakalanya mencecah 60 - 70% kos utama penternakan. Ditambah pula dengan kenaikkan harga dedak hampir setiap bulan.
Pemakanan landak raya ini sangat mudah, Sayuran, Buah - buahan, Napier, Tebu dan pelbagai jenis keledek.Sesekala kami akan beri kacang soya dan kekacang lain sebagai makanan tambahan. Jika anda ada kesukaran untuk menghasilkan sendiri sumber makanan. Boleh saja beri dedak kambing dan jagung kepada landak.
Secara purata, Landak raya perlukan makanan sekitar 10% dari berat badannya. Di Muhas Animal Farm, Kami merekodkan perbelanjaan sebanyak RM1.50 sehari untuk seekor landak raya.
Berat seekor landak dewasa boleh mencecah sehingga 25kg.
Pasaran
Bab menternak siapa yang ada modal, ada kawasan dan keinginan pasti boleh menternak. Tapi nanti bagaimana nak menjual ?
Buat pengetahuan kalian, Sejak mendapat liputan TV1, TV3, TV9 dan beberapa lagi pendedahan di media yang lain, Permintaan adalah sangat menggalakkan.
Rata - rata penternak sedia ada dari selatan hingga ke utara tanah air mengalami kesukaran untuk menyediakan permintaan pasaran.
Buat masa ini, Pasaran lebih tertumpu kepada BAKA landak raya.
Ada juga permintaan dari dalam dan luar negara terhadap daging landak raya tetapi kami berpendapat bahawa kita masih belum bersedia untuk pasaran daging kerana masih terlalu kecil bilangan penternak yang aktif dan ke arah komersial.
Ambil contoh penternakan rusa di negara kita. Hampir setiap negeri sudah ada penternak rusa berskala komersial dan percaya atau tidak, Pasaran Lembah Klang pun kita masih tidak mampu untuk supply secara konsisten apatah lagi daging landak raya yang industrinya masih dalam fasa perkembangan.
Besar hasrat kami agar industri ini akan meningkat naik dan menjadikan daging landak raya ini sebgai satu lagi industri baru negara.
Sumber baru protein negara yang berpotensi untuk dikembang dan dikomersialkan lagi.

KENAPA TERNAK LANDAK ?

Ada permintaan ke Landak raya ini ?

Tonton Video liputan Potensi Penternakan Landak Raya ini :
Tahun ini meskipun dalam perintah kawalan pergerakan, Sambutan tetap menggalakkan.
Alhamdulillah, Pihak Jabatan yang berkaitan juga memberi kebenaran untuk urusan jual beli Landak raya mengikut beberapa peraturan yang telah di tetapkan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.
Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah atau hubungi kami secara terus di
http://wassap.my/60105442178/BlogLandakRaya
Terima Kasih
Comments
Post a Comment